Sunday, June 10, 2012

Lawatan ke Ho Chi Minh City, Vietnam

Photobucket

Wow, lamanya aku tinggalkan belog. Hehe. Yang pasti, aku nak share betapa happynya aku sebab dapat berpeluang melancong ke Vietnam!. Giler excited!. Nak melancong dengan family memang haram laa takkan dapat, so peluang melancong dengan kawan-kawan cikgu takkan aku sia-siakan! :p

Time ni, tengah lepak kat KLIA. Tunggu flight
4 JUN HARI 01 : KLIA - Ho Chi Minh City
Kul 3.50 pagi hari Isnin, aku n adik terus pecut ke SK Merlimau. Bas dah tunggu rupanya. Haha. Nasib baik bukan kitorang je yang lambat sampai, rupanya ramai lagi. Hehe.


Dah penuh, bas terus gerak ke KLIA. Sampai je kitorang terus cari surau nak solat Subuh. Then gerak cari tempat makan. Settle, terus berkumpul balik kat depan kaunter. And then tak lama pastu kitorang pon selamat berlepas. Jakun betul naik flight! First time ler katakan.


Sampai di Saigon, Vietnam, kitorang terus dibawa ke hotel. Sebab nak kena tunggu cikgu2 yang naik flight Air Asia sampai. So rehat dua jam. Then kitorang dibawa melawat sekitar Ho Chi Minh City. Tengok la Notre Dame Cathedral,  City Hall dan China Town. Then terus lunch..lapar punya pasal. Hehe 


Then, kitorang gerak untuk shopping di Ben Thanh Market. Banyak gila baju, kain, beg, macam2 lagi la. Yang tak boleh blah tu, jalan sket..dah kena main tarik2 ngan peniaga kat sini. Depa semua suh beli barang dia. Dari harga 70 hinggit bleh jadi harga 8 hinggit. Boleh caya tak? Hehe. Itu semua perlukan skill :p.

Yang baju purple ni adek aku, masih available. Hehe :p
Habis shopping, kitorang terus gerak gi dinner. Pastu buat aktiviti bebas. Apa lagi, shopping lagi laa kan? Kitorang terus gi Ben Thanh Night Market pula. Ala-ala pasar malam.



5 JUN HARI 02 : HCM - CHU CHI TUNNEL - SHOPPING
Bangun pagi untuk sarapan. Then terus gerak ke Cu Chi Tunnels. On the way nak gi sana kan, pehh punya lahh ramai mamat dan minah rempit. Tak caya tengok lahh gambar kat bawah ni. Aku tak pasti macamana diorang punya undang-undang jalan raya. Aku tengok semua motor main redah je even ada lampi isyarat. Scary movie dowh! Memang sepanjang jalan asyik ler bunyi hon..


Sampai Cu Chi Tunnels, kitorang dibawa tour sekeliling tengok kesan peninggalan sejarah diorang. Then dapat rasa makan ubi rebus cicah kacang. Pelik betul. Selalu cicah gula je tapi cicah kacang le plak.


Then di bawa shopping telekung dan kain murah! Tu yang nak dengar sangat tu. Hehe.

6 plastik telekung wa cakap sama lu. Pehh beg berat telekung aja..
Then dibawa melawat War Remnants Museum melalui kaca mata orang Vietnam. Sangat menyedihkan! Betapa teruk kekejaman pihak Amerika semasa Perang Vietnam. Aku tak sanggup nak ambil gambar. Boleh mimpi ngeri weh!. Korang boleh google kalau korang nak tengok..


Habis ronda muzium 3 tingkat ni, kitorang terus dibawa melawat Reunification Palace and Centre Post Office. Besar gedabak!. Palace tu boleh ler kita tau memang besar, ni pejabat pos pon mau besar gedabak..pehh lawan tokeyy..Kekeke.

Atas : Reunification palace. Bawah: Central post office.

6 JUN HARI 03 : HCM – MEKONG DELTA
Lepas breakfast di hotel, kitorang terus di bawa ke Sungai Mekong yang mengambil masa 2 jam dari Bandar Saigon, menaiki boat melalui sungai di Sungai Mekong untuk melihat permandangan di Pulau-pulau Long, Lan Qui, and Phuaong. 


Sampai di Thoi San, kitorang dibawa meredah perkampungan yang dikelilingi oleh pokok buah-buahan seperti longan, manga, plum n macam-macam lagi laa. Yang istimewa kat sini, madu yang dihasilkan oleh cik lebah datangnya daripada pokok longan yang bersepah kat tempat ni. Kitorang dapat merasa madu fresh. 


Then, kitorang dibawa melihat cara pembuatan gula kelapa or as known as coconut candy. Haha. Sama laa tu. Nak beli untuk bawa balik pon boleh.


Tak lama pastu, kitorang diberi makan buah-buahan tempatan sambil mendengar lagu tradisional Vietnam. Yang kelakar tu, ada juga lagu Melayu dinyanyikan. Haha layann..


Then, saat yang ditunggu! Menyusuri Delta Mekong! Sekali baru setengah jalan...hujan turun dengan lebatnya...sangat hampeh..haha


Then, balik untuk lunch, pastu shopping, pastu dinner, pastu shopping lagi. Wakaka. Giler laaa..$$ cepat betul mengalirrr...

7 JUN HARI 04 : HCM-LCCT ( B.L )
Breakfast, then bebas untuk buat apa aje. Aku pilih untuk tidur sampai tengahari. Wakaka. Letih dowh shopping. Hujan plak tu kat luar. Baik dok diam2 dalam hotel. Check2 barang mana yang tinggal. Kemas mana yang patut. Pas lunch, malas dah nak shopping. Timbang berat beg dah 24 kilo. Pehhh dasat btul shopping barang! 


Dalam kul 4 petang, gerak ke LCCT untuk balik ke KLIA! Sampai KLIA dalam kul 10 malam. Pastu sampai Melaka dalam 1.30 pagi. 

At the end, sangat seronok!! Rasa cam nak berjalan lagi. Tapi kali ni, kumpul duit nak gi umrah dulu. Hehe.


Yang pasti, kucing aku lah yang paling happy sepanjang aku takde kat rumah. Mana taknya, katil aku diconquernya. Gambar bukti bila aku masuk bilik nak letak barang. Hampeh punya kucing! Nyenyak kau tido ek! Huhuhu :P

19 comments:

[PaaN1904] said...

woah..! best3!!

nanako genji said...

wah...nmpk seronok je...akk pn dh penah ke sana gak...g umh paksu akk yg bekerja kat sana...dia r yg bwk p jln2 n shopping2 masa kat sana...hehehe...seronok kn...rasa cam nk pe sana lg je...

RazFiRa said...

wawww murahnye dr 70 tggal 8 ringgit! camane buat tu??

❤ Reddish ツ said...

@paan
haha memang best paan! pengalaman yg x kan dilupakan :)

❤ Reddish ツ said...

@nanako genji
pehh lagi best! ada sedara kat sana!
memang giler best! bleh beli barang murah2 slalu :p

❤ Reddish ツ said...

@razfira
barang2 vietnam mmg murah giler kak! x caye akak leh gi sana nengok..malaysia je naikkan harga tetingga tapi sbnrnya harga murah kalau kat vietnam..hehe

Natasha said...

waaaaaaaaaaaaaa...bestnyer!!!
(:

░♥si lampu neon♥░ said...

jeles !!

nisa said...

Salam nk ty la.tempat jual telekung n kain murah tu kt mana ye?kat market tu ke?

nisa said...

Salam nk ty la.tempat jual telekung n kain murah tu kat mana ye?kat market tu ke or tempat lain?tia :)

❤ Reddish ツ said...

tempat lain..hehe
cakap je kat tour guide, kata nak beli telekung..kompem dia bawakan tempat yang murah..
memang sangat2 murah dan berkualiti! :p

Anonymous said...

Singgah blog ni..sbb weekend nk p vietnam..
Any advice x on money..sbb xtau nk bwk berape..huu
Dkt sane boleh keluarkan duit lg x?hehe

❤ Reddish ツ said...

Cam ritu, saya bawa dalam RM500 sebab orang banyak tempah..actually tak perlu tukar pon duit ringgit kepada duit vietnam..sebab kat sana, diorang lagi suka kita beli barang diorg guna duit malaysia atau dolar..sebab matawang ringgit ngan dolar lagi tinggi nilai dia bila buat money exchange..hehe

pasal nak keluarkan duit kat sana, ada bank..tapi dengar tour guide tu kata..baik bawa duit siap2..sebab kalau kita nak tanya orang kat sana camna nak keluar duit..diorg tak berapa reti nak speaking..haha

pendapat saya plak, better siap2 keluar..senang kalau ada. Juz kalau pegi ben thanh market tu..hati2 sket..sebab diorg ni ganas woo nak dapatkan pelanggan..dikepitnya kita tak bagi lepas..hahaha well, have fun! ><

Anonymous said...


This is a terrific web page, could you be interested in doing an interview about how you designed it? If so e-mail me!

amiezafiq said...

Salam... ni blog ke-2 yang saya jengah sebelum saya ke HMC bulan 11 nanti, company trip. Memang saya selalu dapatkan info terlebih dahulu untuk setiap trip yang saya nak join. Kalo agak tak best, malas arr nak join biar pun free.
Semua cakap best shopping hahaha (kalo ada duit memang ler best)!
Tahun lepas company trip saya ke Cambodia. Bawak USD100, balik sini saya masih ada USD98... jangan tak caya! Orang lelaki memang tak pandai shopping kan?

❤ Reddish ツ said...

Org laki terer gak shopping :p shopping bab gadget, kereta..muahaha

Actually, bagus ler jimat cermat..tapi kot ye pn, beli la brg sket sedekah kat family, sedara mara..paling simple pn magnet peti sejuk..muahaha. Kalau nak up lagi, bg la telekung kat family :D dah alang2 g sana..silalah borong :D tak mahal..dalam rm25++ n sangat berkualiti :D have fun!

amiezafiq said...

Saya bukan nak berjimat sangat pun, tapi memang kat Cambodia (Siem Reap yang lebih tepat nyer) tak banyak benda menarik yang boleh dijadikan cenderahati untuk di bawa pulang. Nak beli t-shirt pun kualiti nyer jauh lebih rendah daripada yang dijual di pasar malam kat negara kita nih...
Tapi bila baca blog ni dan blog-blog lain kata best bershopping di sana, makna nyer kena bawak RM lebih ler hahaha

❤ Reddish ツ said...

hahahaha bawalah..berbaloi shopping kat sana :P specially untuk perempuan la..memang heaven..wakaka

Djah said...

Ha ha ha...terlewat la pulak bukak blog nie...tapi memang bestlah...teringat buah2annya yang segar dan besar...