Monday, July 18, 2011

Beban Tugas Guru


Sepanjang aku berada di alam persekolahan, sering kali kedengaran guru-guru mengeluh dengan kerja-kerja perkeranian. Adakah begitu berat sekali kerja yang dipikul oleh seorang guru.

Jawapannya Ya. Tugas guru yang sebenar adalah mengajar dan mendidik. Bukannya dibebani dengan tugas yang tiada kaitan dengan proses P&P. Tugas perkeranian sepatutnya diserahkan kepada orang yang mahir dengan kerja tersebut atau dengan erti kata lain, tugas kerani atau pembantu guru. Mungkin ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan kerani dan pembantu guru, tetapi bayangkanlah jika guru terpaksa meninggalkan waktu P&P gara-gara untuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh pihak sekolah sepantas yang mungkin. Murid-murid terpaksa diberikan lembaran kerja sahaja walaupun ada guru yang menggantikan kelas tersebut. Jika hanya sekali, mungkin tidak mengapa. Tetapi jika beberapa kali bagaimana pula? Sudahnya guru dipersalahkan kerana tidak dapat menghabiskan silibus ataupun tidak mencapai sasaran yang ditetapkan.

Persoalan demi persoalan telah diajukan kepada guru-guru tanah air mengenai "Apakah kerja-kerja perkeranian yang pada pandangan cikgu tidak releven dengan tugas perguruan, dan siapakah yang sepatutnya melakukan tugas tersebut?"


Soalan cepu emas dari seorang pensyarah. Jawapan oleh guru-guru tanah air pula tidak kurang hebatnya. 
Bukan nama sebenar:
bukan tidak releven, tapi kalau dah terlampau banyak, siapa pula nak ajar murid.. kalau nak isi data atau sebagainya diberi tempoh tak apa, kadang2, jumaat nak, selasa-rabu baru dapat maklumat. pastu sistem yang sentiasa berubah2.. tahun ini dah key in data, tahun depan key in lagi sebab sistem dah lain, kerja2 perkeranian yang banyak ni kadang2 menyebabkan cikgu tak cukup masa nak buat bahan P&P.. itu belum lagi masuk bab aktiviti koku, latihan sukan, pertandingan2.. contoh macam emis, dah ada maklumat guru dalam emis dan ada kerani kat sekolah, guru2 masih lagi kena isi borang maklumat guru lagi.. so apa gunanya sistem yg dibuat..

Ya. Semua perkara perlu disiapkan segera. Bak kata orang putih, 'Ontime!'. Andai kata tugas perkeranian diberikan bulat-bulat kepada kerani pun, kerani belum tentu menang tangan dengan kerja yang sedia ada. Tak lupa juga sistem yang selalu berubah-ubah menyebabkan guru pening kepala. Dari pergi kursus yang ini terpaksa pula pergi ke kursus yang itu. Dari kbsr ke kssr. Dari buat fail kbsr tukar pulak ke fail kssr. Dari KIA2M ke LINUS pula. Buka fail baru lagi. Bukan nak mengeluh tetapi itulah hakikat yang perlu diterima. Terlalu banyak perubahan oleh kerajaan semata-mata untuk mengejar PIPP, NKRA, Transformasi Negara dan sebagainya.

Bukan nama sebenar:
menjaga (in terms of mengemas, menceria, data stok & inventori, menyelenggara, merekod, filing, ...) bilik2 khas - makmal komputer, pusat akses, pusat sumber, bilik APD, bilik gerakan, bengkel KH, bilik bahasa, bilik BOSS, bilik koku, koperasi ..., urusan biasiswa, data murid & guru, buku teks, penyediaan padang, yuran & resit, the list is getting longer everyday..., masa tiada kelas tak dapat nak buat persediaan utk mengajar (sediakan bahan P&P, ABM dsb) tapi terpaksa selesaikan pelbagai urusan bukan berkaitan P&P hingga kadangkala dah masuk kelas baru fikir apa nk ajar ! bukan tak bersyukur & merungut tp adakala melampaui had, timeless & unlimited. sbb itu guru bukan golongan profesional mcm doktor/engineer/akauntan/l​awyer walau hakikatnya guru yg melahirkan mereka, kerana guru bekerja rencam, tidak khusus bidang kepakaran, susah nak takrif kerja guru skrg ni, bila menyebut dikata guru banyak demand tp bila tugas diserah kpd k/tgn sokongan blh pula mnjwb tidak termasuk di dlm norm kerja, habis tu, norm kerja cikgu ni apa ye?
Guru sekarang bukan seperti guru 30 atau 40 tahun dahulu. Kerja perkeranian dahulu tidak seperti kerja perkeranian sekarang. Ini fakta bukan auta. Cuba anda tanya guru yang sudah berpengalaman mengajar selama 15 hingga 20 tahun. Adakah mereka boleh menumpukan perhatian sepenuhnya kepada P&P dan murid sahaja atau dibebani dengan kerja perkeranian seperti sekarang. Saya yakin, ramai yang akan mengatakan "sangat berbeza, kalau dahulu boleh fokus pada murid dan P&P tetapi sekarang dah tak sempat nak buat macam-macam.". Hairan kerana pendidikan zaman 60-an hingga 80-an tidak begitu rumit tetapi berjaya juga melahirkan insan-insan yang berkualiti dari semua sudut.  

Program yang dibuat oleh pihak kerajaan dahulu juga tidak sama dengan program yang dianjurkan oleh pihak kerajaan sekarang. Semuanya berubah mengikut arus perdana. Dunia makin moden membuatkan tugas guru dah lari dari tugas yang asal.

Dan juga, kerajaan harus mengambil serius dengan program yang dianjurkan. Ingatlah sekolah besar mempunyai bilangan guru yang ramai. Sekolah kecil pula sebaliknya. Tetapi fail-failnya tetap sama. Tugas guru di sekolah kecil lebih berat dari guru yang mengajar di sekolah yang besar. Seorang guru di sekolah kecil terpaksa memegang dua hingga tiga jawatan yang penting. Walau bagaimanapun, tugas perkeranian terpaksa jua disiapkan. 
Bukan nama sebenar: jangan cerita banyak, jangan tanya banyak, awak jadi cikgu sekarang, baru kita boleh cerita sama2.

tugas saya:
setiausaha peperiksaan PMR
warden
guru tingkatan
ketua panitia pendidikan moral
ketua pentaksir lisan PMR
ketua pentaksir kerja kursus pendidikan moral SPM
guru penasihat ICT
guru penasihat Pengakap
guru penyelaras mentor mentee
guru penyelaras kecemerlangan akademik
guru penyelaras program guru muda

saya belum cerita lagi tentang menguruskan kursus, ceramah, majlis dll.

awak datang sini, ganti tugas saya seminggu, saya nak tengok awak boleh senyum atau tidak.

Hehe apabila seseorang yang bukan dari golongan guru menyuarakan pendapat tetang isu ini, jawapan yang diterima membuatkan saya tergelak. Betullah, hanya guru boleh menjawab isu yang dialami oleh guru. Orang yang bukan dari bidang yang sama tidak mampu merasai apa yang guru rasa. Mereka hanya boleh memberi gambaran sahaja. Fikir mereka, "Ahh dah bagi betis nak peha. Mengada-ngada. Kerajaan dah bagi elaun, imbuhan macam-macam pun mahu bising!". Harus diingat, imbuhan mahupun elaun yang diterima tidak mampu menandingi duit yang dikeluarkan oleh guru setiap hari bagi memastikan murid berjaya. Harus diingat juga bahawa duit fotostat, duit minyak hantar pergi balik murid ke pertandingan-pertandingan sekolah, dan sewaktu dengannya tidak mampu untuk diperkatakan. Claim sekolah pun kadang-kadang susah nak dapat. Jadi guru hanya menghalalkannya demi berbakti kepada sekolah. Sesungguhnya guru adalah insan yang  mulia dan susah untuk berkira kepada anak muridnya. Tetapi tetap dipandang remeh oleh sesetengah pihak.

Bukan nama sebenar:
kerja2 pengkeranian ni masih lagi menjadi2 setelah LINUS,KSSR, SAP,HC, online markah diperkenalkan dan perlu juga diprint. belum lagi ujian PBS,PLBS,PROTIM, Ujian bln, Pep sem 1 & 2. Nak tambah lg sistem fail yg seorg guru perlu pegang. mana perginya cadangan dahulu yg nk mengurangkan paper work utk para guru?

Berita Harian
Isu beban tugas guru ditangani
2011/06/20

KEMENTERIAN Pelajaran ingin merujuk surat oleh ‘Sang Algoljo, Merlimau, Melaka’ dalam ruangan ini pada 7 Jun lalu bertajuk ‘wujud segera jawatan pembantu guru’.
Kementerian sangat prihatin terhadap beban tugas dihadapi guru. Sehubungan itu, Jawatankuasa Kerja Pelaksana Menangani Isu Beban Tugas Guru ditubuhkan.
Untuk makluman, jawatan kuasa itu sedang melaksanakan beberapa perakuan bagi mengatasi beban tugas guru. Kajian bagi jawatan pembantu tadbir tambahan di 50 sekolah gred A sedang dilaksanakan hingga hujung tahun ini. Bagi penempatan guru pembantu ditangguhkan kerana tiada jawatan baru diluluskan agensi pusat dalam masa terdekat.

Walaupun kerajaan dah mengambil langkah dengan mewujudkan Jawatankuasa Kerja Pelaksana Menangani Isu Beban Tugas Guru, tetapi sampai bilakah isu bebanan guru ini dapat diatasi? Hehe.

Dan sebagai penutup yang sangat panjang mengenai bebanan kerja guru, cukuplah saya petik sahaja kata-kata dari seorang guru tanah air.

Bagi mereka yang bukan guru dan duduk di level pengurusan, mereka takkan faham apa masalah sebenarnya yang dialami oleh guru. Kadangkala kita tak dapat memberikan yang terbaik didalam kelas disebabkan kerja2 yang dikatakan pengkeranian tadi. Saya tak nak komen panjang, tapi fikir2kan lah sendiri. Jika kita cakap lebih2 org kata cikgu2 ni mengada-ngada. Tepuk dada tanya selera. Harap rakan-rakan guru sekalian tabah menghadapi segala cabaran. Walaupun org tak faham kerja kita yang membawa sampai kerumah atau hingga ke hujung minggu tapi kita tetap melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Semoga berjaya semua.

Nak tahu lebih lanjut mengenai beban tugas guru hanya taip pada Google, 'Beban Tugas Guru', anda akan dapat jawapannya :)

Nak yang lebih mudah hanya layari Aliran Pemikiran Pendidik. Malas juga, tak mengapa. Saya paparkan untuk perhatian anda.

Kredit kepada Ziauddin Sharuddin dan Nasron Sira Rahim.

Aliran Pemikiran PendidikBeban Kerja Guru 74 Jam Seminggu

Guru di empat negeri, Selangor, Melaka, Johor dan Kuala Lumpur didapati menanggung beban kerja berlebihan, iaitu 74 jam seminggu berbanding maksimum 48 jam yang ditetapkan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

Ini kerana tugas mereka bukan setakat mengajar malah turut dibebani lima tugas lain, pertama; mengurus data, fail, buku rekod dan laporan; kedua, urusan pentadbiran, ketiga; kegiatan kurikulum, keempat; kokurikulum dan kelima; urusan hal ehwal murid.

Butir-butir ini terkandung dalam laporan kaji selidik Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan NUTP bertajuk `Pandangan dan Syor NUTP: Beban Guru meliputi sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah teknik dan politeknik yang diserahkan kepada Kementerian Pelajaran, baru-baru ini.

Mengikut laporan yang ditandatangani pada 1 Jun 2005 itu, kaji selidik itu adalah antara usaha NUTP memberi gambaran jelas kepada kementerian supaya sesuatu dapat dilakukan untuk meringankan beban guru.

Kaji selidik itu yang membahagikan beban tugas kepada lima bidang itu membuktikan guru turut bertindak sebagai kerani, setiausaha, bendahari, jurujual, jurutaip dan juruhias.

Setiausaha NUTP, Lok Yim Pheng, berkata pihaknya risau apabila mendapati kira-kira 60 peratus tugas guru kini membabitkan kerja pentadbiran.

Katanya, pertambahan beban tugas guru dikhuatiri akan menyebabkan hala tuju sistem persekolahan negara lebih mementingkan keputusan berasaskan peperiksaan, berbanding memupuk budaya mencintai ilmu di kalangan pelajar.

Sistem persekolahan sepatutnya dapat memupuk budaya mencintai ilmu di kalangan pelajar, tetapi ini dihalang oleh suasana guru yang semakin kurang berinteraksi dengan pelajar.

Guru kini selain mengejar waktu untuk menghabiskan silibus mata pelajaran, memberi tumpuan terhadap aspek kemahiran pelajar menjawab soalan peperiksaan, katanya kepada Berita Minggu, semalam.

Lok berkata, bilangan mata pelajaran semakin banyak dan melalui Sistem Pensijilan Terbuka di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), lebih 100 mata pelajaran ditawarkan kepada pelajar.

Adakah kita hanya mahu menggalakkan pelajar mendapat sebanyak mungkin A dalam peperiksaan. Jangan lupa bahawa aspek bukan akademik juga penting. Ada pelajar tidak berminat aspek akademik, tetapi mempunyai potensi dalam bidang lain, katanya.

Lok menegaskan bahawa guru ingin memberi tumpuan kepada core business mereka, iaitu mengajar.

Bagaimanapun, katanya guru lebih menghabiskan masa menguruskan data, fail, rekod dan laporan, menguruskan pelbagai pertandingan kurikulum dan kokurikulum serta program akademik dan bukan akademik di luar sekolah.

Katanya, guru kelas dibebankan dengan pelbagai kerja perkeranian dan hanya sedikit masa digunakan untuk tujuan persediaan alat bantu mengajar dan rancangan mengajar serta menyemak buku latihan pelajar.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan Kementerian Pelajaran melantik guru khas untuk mengendalikan kegiatan kurikulum dan kokurikulum serta mewujudkan jawatan pembantu guru yang dapat menjalankan kerja perkeranian.

Katanya, kaji selidik itu dikemukakan kepada Kementerian Pelajaran dan menjadi pelengkap kepada kajian serupa iaitu Kajian Jawatankuasa Menangani Beban Tugas Guru yang diketuai Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Tan Sri Ambrin Buang.

INFO: Kaji selidik NUTP mengenai beban tugas guru

A: Urusan data, fail, buku rekod dan laporan
# Pemprosesan maklumat guru, pelajar dan sekolah
# Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), stok mata pelajaran dan bengkel
# Penilaian kerja kursus mata pelajaran untuk peperiksaan
# Penilaian lisan berasaskan sekolah (PLBS)
# Buku Nilam Sekolah
# Laporan Adab Belajar
# Baitulmal dan biasiswa
# Laporan guru bertugas
# Urusan disiplin pelajar
# Urusan pusat sumber
# Program khas dari Jemaah Nazir
# Buku rekod kerja sekolah

B: Pentadbiran
# Pegawai pinjaman di Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah
# Pengurusan pentadbiran
# Kutipan yuran dan pelbagai
# Guru kelas

C: Kurikulum
# Jenis peperiksaan
# Program sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pelajaran
# Kertas kerja kajian tindakan
# Panitia
# Mata pelajaran
# Pentaksiran Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS)
# Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)

D: Kokurikulum
# Aspek keselamatan & perlindungan guru dan pelajar

E: Hal Ehwal Murid (HEM)
# Urusan HEM Sekolah Menengah Berasrama

5 comments:

mengenaldiri said...

walaupun saya bukan bergelar guru,
namun saya brsetuju dgn entry ni.
kite bukan mr. gadget nak buat semua benda dalam satu2 masa.
lagi pulak guru ni memainkan peranan penting dlm mendidik anak bangsa, jadi tugas mereka mestilah difokuskan kepada 'mendidik' tu sendiri..

sekadar pendapat, (:

Anonymous said...

hehe thanks sebab memahami, tapi itulah hakikat yang harus ditelan bila murid-murid dah semakin pandai +_+ adehh

thenunu said...

Good cuma yg menyedihkan saban.waktu kita dgr tentang rungutn beban kerja guuru.tpapakah solutionnya.samalah kita nantiknI

Anonymous said...

sy setuju sgt2 dgn semua di atas huhu ... ditambah lg jarak ke sekolah 100km dr rumah membuat sy rasa cam nak pengsan ... sehari ulang alik 200km huhu ... tp dah rezeki sy terpaksa telan huhu

Anonymous said...

Cuba check blogspot ppdkuantan berkenaan pbs..ditulis oleh seseorang yg betul betul ego dan cuba berlagak jadi bos! Soalan " mcm ni ker nak jadi cikgu" pada masa kini adalah soaln yg begitu irrelevant dan selfish.