Readers

Sunday, April 15, 2012

Trip to Universal Studios, Singapore

Welcome to Universal Studios! Bebeh! :)

Okay akhirnya selamat juga sampai di Universal Studios, Singapore. Punyalah takut nak menapak dekat sini. Puncanya anda boleh baca di link ini. First time sampai je, hujan turun tak henti-henti. Tengok je la dalam gambar, hehe dengan berlatar belakangkan hujan, sempat gak tangkap sedas dua gambar. Hehe.


Hilang benda alah ni memang haru dibuatnya. Sebab harga tiket masuk ni mahal woo. Yelah, duit singapore mana tak mahal. Haha, double duit Malaysia. Leh pitam kalau nak ganti satu balik. Hehe. What ever pon, dengan adanya tiket ini, anda boleh masuk seberapa banyak yang anda boleh. Tapi dalam masa sehari je la. Tak lebey..kalau tak bangkrap laa company nanti. Hehe.

Pastu kitorang bergambar sakan dekat Hollywood.




First tempat kitorang tuju, Lights, Camera, Action!. Serius cool!. Kat sini diorang terangkan macamana diorang buat effect macam dalam filem. Serius~ dengan angin, dengan api, dengan air kena simbah dekat kitorang..serius real..api tu serius macam hidup. Sebab terasa bahang api tu dekat kitorang. Dah ler berdiri dekat first row. Air menggelegak you knoww~...Fuhh..keluar je dari situ, abes baju kitorang basah lencun. Haha. But seriously cool abeh!.


Pastu terus menuju ke Transformer. Diorang kata best giler dekat situ. So kitorang pon pergilah, but pekerja tu kata kena tunggu 1 jam baru boleh. Mak aii..lamanya..baik kitorang merayap tempat lain dulu.

So next!!


Next stop, kitorang main Battlestar Galactica: HUMAN vs. CYLON. Well kitorang main yang kaler biru dulu. Serius gugur jantung dibuatnya. Mana taknya berpusing-pusing dalam sekelip mata je. Kalah roller coaster dekat genting. Pusing 360 darjah kot. Tak bernafas sehh. Haha asek dok menjerit je. Haha siapa yang tak menjerit tu memang pro abes laa. Hehe.


Next, kitorang pergi main Accelerator®. Alaa main macam kat genting. Yang dalam cawan tu..pastu main pusing2 sampai pitam. Hehe. So dah biasa. Hint dia, jangan pandang tempat lain. Fokus pada tempat pegang yang berada di tengah2. Kompem takkan pitam + pening punya. Gerenti!


Next, kitorang lepak di Ancient Egypt. Tapi kejap jer ler. Takut den tengok patung2 firaun, dengan macam2 segala jenis patung2..seram den..tak singgah lama la senang kata. Singgah pon sebab surau berdekatan dengan tempat tu. Kecik betul surau dia. Nak buat camne, bukan negara kita. Keke. Kalau tidak, aku dah bebel dah.


Abeh je sembahyang, kitorang terus pergi tengok transformer! Ok wait, siapa yang punya ketahanan fizikal dan mental sahaja yang boleh redah benda alah ni. Serius penat masa mula2 masuk. Sebab apa? Sebab anda terpaksa berdiri dan beratur selama 45 minit untuk naik TRANSFORMERS The Ride: The Ultimate 3D Battle. Benda alah 3D ni cuma 15 minit je..tapi memang superb abeh. Kira macam berbaloi giler laa tunggu punyalah lama nak naik ride ni. Serius memang 3D abeh!.


Next, kitorang lepak di Far Far Away Kingdom! Siapa tahu tempat apa ni? Pernah dengar tak Far Far Away Kingdom ni dalam story apa? Hehe, yezzaa...sudah pasti SHREK!. Haha.



Kat sini, rugi kalau siapa tak pergi tengok wayang Shrek 4-D Adventure. OK ulang balik..4D ye kekawan. Serius gambaran 4D tu macam dekat je kat depan mata kita. Macam kita boleh pegang gituww. Serius cool. Siap terasa ada benda merayap-rayap kat kaki. Pastu kena percik dengan air. Nak ambil gambar tak leh plak, dia dah bagi warning awal2. No Cameras or Recording devices allowed~.

Peh banyak lagi tempat kitorang pergi. But udah2 la tu. Penat nak taip bebanyak ni. Haha. Sambung esok je lah. But at the end, Alhamdulillah, tiada apa2 berlaku sepanjang kami berada di sana. Syukur sangat2. Alhamdulillah trip kami sangat berbaloi! :) Fun abehh wa cakap sama lu..hehe